sks2.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN SENTUL (2)
Tel : 03-40427858, Faks : 03-40453927
e-mel :
sks2@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN & PIPP | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI |


SEKAPUR SIRIH DARI
GURU BESAR
(PN HJH SITI AWA BT JAMIL)



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Unit ICT SK Sentul 2 di atas inisiatif dan komitmen untuk membina laman web pertama sekolah ini.

Dengan adanya laman web ini menunjukkan jalinan permuafakatan jawatankuasa dengan warga sekolah. Segala pengalaman dan kepakaran sedia ada telah digunakan secara optimum. Cabaran masa lalu telah dijadikan panduan untuk menghasilkan kerja yang lebih bermutu.

Selain rakaman catatan agenda sekolah sepanjang tahun ini, laman web ini  merupakan media untuk mempamerkan maklumat-maklumat berkaitan sekolah dan memupuk agar warga SKS2 menggunakan media internet dan komputer sebagai sumber rujukan untuk melahirkan insan berilmu, berbakti dan beramal.

Adalah diharapkan agar, laman web ini  menjadi wadah permulaan bagi mencapai matlamat yang berterusan dan bersepadu ke arah melahirkan pelajar seimbang dan berpotensi dalam semua aspek kurikulum, ko kurikulum dan sahsiah serta mampu menguasai teknologi terkini yang berorientasikan budaya Malaysia.

Akhir kata, saya amat berharap agar usaha-usaha murni semua pihak dapat mematikan kecemerlangan warga SK Sentul 2. Semoga kecemerlangan ini terus gemilang dan terbilang demi merealisasikan wawasan pendidikan Negara.

Insyaallah. Wassalam.

Sekian. Terima kasih.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: